Tuesday 1 January 2013

Tahun Baru...!!!

          salam dan salam sejahtera..Alhamdulillah kita sudah memasuki tahun 2013 pada hari ini bersama azam dan matlamat baru selepas meninggalkan tahun 2012 dengan penuh kisah suka dan duka yang  berlaku dalam hidup kita. tahun ni menjadi tahun sibuk buat aku kerana banyak perkara perlu aku fikirkan nak nak lagi menjelang ke pertengahan tahun 2013 ni sebab aku akan kahwin..hehe..banyak betul aku nak kena fikir ni pasal mak andam la, kad kawin la dan macam2 lagi..kampung pula duk tanya bila aku nak ambil cuti sebab nak uruskan hal ini..serabut juga jadinya tapi aku buat-buat relaks je sebab tak nak stress (p/s : padahal dalam hati semak gila rasa) ..kadang-kadang time keja pun terbawa-bawa hal ni..adoyaii..ini rupanya rasa orang nak kenduri..macam-macam benda berterabur dalam kepala aku ni..patut la aku tengok kawan-kawan aku yang nak kawin kadang-kadang duk termenung merenung jauh-jauh..ingatkan duk tengah melayan perasaan syok nak kawin tapi rupanya tengah duk fikir hal-hal yang nak disetel sebelum kenduri..baru aku faham sekarang sebab aku berada dalam situasi diorang sekarang..huhu..tapi mujur tunang aku tu jenis memahami kerjaya aku..tak delah macam orang lain yang sesetengah tu duk asyik kena push je..sian aku tengok..apapun aku kena hati-hati dalam menguruskan soal kenduri ni sebab tak nak jadi caca marba..lagi serabut jadinya kepala aku ni nnt..apaun aku ucapkan selamat tahun baru kepada semua yang membaca blog aku ni..rasa dah lama x update..maklum la kat rumah masalah skit sebab line tak kuat..kat opis je aku boleh nak update blog aku ni...semoga tahun 2013 ni membawa seribu erti dan dilimpahi rezeki yang lebih baik dari tahun sebelumnya...aminn


........AdioS...

No comments:

Post a Comment