Informasi Terkini Rebate RM200 Smartphone bagi Pakej Komunikasi Belia
Pakej beli handphone rebat RM200
- Jemaah Menteri sudah bersetuju supaya
belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh
membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan
kerajaan.
- Pelaksanaan Pakej Komunikasi Belia atas prinsip ‘siapa cepat dia dapat’
- 7 syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim
Pakej Komunikasi Belia (PKB) di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom,
Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.
- SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak
yang terbabit dalam pelaksanaan Pakej Komunikasi Belia (PKB) sama ada
penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.
- Setakat ini berdasarkan maklumat yang
diperolehi daripada SKMM, hampir 5,500 belia yang layak sudah mendaftar
untuk mendapatkan rebate Rm200 smartphone (telefon pintar) itu selepas
pendaftaran mula dibuka dibuka 1 Januari 2013
- SKMM turut menasihati belia yang sudah
berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran
terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap
kemampuan masing-masing.
- Pendaftaran di bawah Pakej Komunikasi Belia boleh dilakukan secara online dari jam 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm.gov.my.
- Orang ramai boleh menghubungi hotline
SKMM di 1800-88-4040 dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga
Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan.
No comments:
Post a Comment