Jadual Gaji Baru SSM 2013 : Realiti apa yang berlaku di
Malaysia melibatkan sektor awam sudah ada berapa kali yang dilaksanakan. Ada
yang sudah berjaya, ada yang sudah melepasi tempoh “matangnya”, ada yang
terkandas di tengah jalan dan ada juga yang perlu diberikan penambaikan.
Bermula dengan…
Bermula dengan SUFIAN, KABINET, Sistem Saraan Malaysia (SSM),
Sistem Saraan Baru (SSB), termasuk yang tidak menjadi iaitu Saraan Baru
Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mana SBPA ini mereka lakukan untuk memberikan
penambaikan daripada SSM disebabkan tempohnya sudah melebihi 10 tahun lamanya,
sistem tangga gaji menghalang kenaikan gaji @ pergerakan gaji tahunan.
Tetapi memandangkan
SBPA telah dimansuhkan, kabinet sedang adakan jawatankuasa untuk menilai &
menambahbaik skim sedia ada. Antara yang dicedok daripada SBPA. Antara laiannya
ialah :
1. sistem gaji
minimum vs maksimum
2. pembatalan PTK
3. “pay for the
job” (pasukan beruniform) dan juga “jobs specialization” (yang ini dikira
berdasarkan kemahiran, ada insentif @ gaji berbeza bagi mereka yang memiliki
kepakaran dan kemahiran yang khusus (contohnya, Pegawai PDRM memilki lesen
penerbangan).
Sekarang
ini apabila SBPA dimansuhkan, pelarasan gaji hanya diberikan sekitar 7-13% .
Dan ini tuntutan daripada Cuepacs yang terbaru kepada pihak kerajaan melibatkan
nasib 50,000 kakitangan awam…